SINGAPURA – Harga minyak pulih hari ini selepas mencatatkan kerugian besar minggu lalu dipacu oleh jangkaan OPEC akan memanjangkan tempoh perjanjian untuk mengurangkan output bagi keseluruhan 2017 walaupun penggalian yang berterusan di Amerika Syarikat telah mengekang keuntungan.

Minyak mentah hadapan US West Intermediate (WTI) CLc1 menokok 32 sen atau 0.64 peratus pada 0649GMT tetapi masih berada di bawah paras AS$50 setong.

Kontrak hadapan minyak Brent LCOc1 naik 35 sen atau 0.67 peratus kepada AS$52.31 setong.

Harga minyak jatuh teruk minggu lalu disebabkan kedegilan pengeluar memberi bekalan yang tinggi meskipun ikrar oleh OPEC dan beberapa pengeluar mengatakan mereka akan mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari kepada enam bulan bermula 1 Januari lalu untuk menyokong pasaran.- MalaysiaGazette