BEIJING – Saham China jatuh lebih satu peratus hari ini, paras terburuk dalam tempoh empat bulan.

Para peniaga berkata, keyakinan pasaran telah dimusnahkan dengan peningkatan tawaran awam permulaan (IPO) ke dalam pasaran yang sedia lemah di samping kebimbangan terhadap kemungkinan ekonomi kedua terbesar dunia itu sudah mula kehilangan momentum dalam beberapa bulan akan datang.

Bursa saham China menunjukkan trajektori menurun sejak pertengahan April.

Indeks Komposit Shanghai menjunam 1.4 peratus kepada 3,129.53 mata selepas mencatatkan kerugian terbesar minggu lalu.

Saham-saham mewah indeks CSI300 jatuh satu peratus kepada 3,431.26 mata.

Penurunan harian melebihi satu peratus kepada indeks adalah sesuatu yang luar biasa kepada pasaran China yang terkenal tidak menentu.- MalaysiaGazette