Home Ekonomi Maybank unjur pembiayaan runcit PKS naik 35% tahun ini

Maybank unjur pembiayaan runcit PKS naik 35% tahun ini

KUALA LUMPUR – Maybank menjangkakan segmen pembiayaan runcit perusahaan kecil dan sederhana (RPKS) berkembang sebanyak 35 peratus tahun ini, berbanding 27 peratus tahun lalu.

Purata dianggar meningkatkan jumlah portfolio pinjaman embpiayaan RPKS kepada RM16.8 bilion pada akhir 2017.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, segmen RPKS merupakan segmen utama bagi portfolio Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) Maybank danmenyumbang kepada pertumbuhan dua angka sepanjang 5 tahun lalu.

RPKS terdiri daripada perniagaan yang mempunyai perolehan sebanyak RM25 juta dan ke bawah.

“Kami mendapati RPKS memainkan peranan yang penting terhadap ekonomi negara dan meliputi 97 peratus daripada keseluruhan segmen PKS,” kata Hamirullah.

Sehubungan itu, Maybank komited untuk menyokong segmen ini bagi memastikan RPKS yang terlibat diberi peluang untuk mengembangkan perniagaan dan menyumbang kepadakemakmuran negara secara keseluruhan.

Beliau berkata, pertumbuhan dalam segmen RPKS tahun ini dijangka diperolehi daripada perniagaan berasaskan hartanah, jaminan portfolio (PG), pembiayaan perdagangan, kad komersil, kredit mikro dan deposit PKS, menerusi Akaun Maybank SME First dan akaun penggajian.

Hamirullah menambah, sebahagian daripada usaha untuk menyokong segmen RPKS, Maybank akan meningkatkan bilangan penganjuran seminar tahun ini di bawah Program “Membina Kapasiti & Kapabiliti” (Maybank BCC).

Program yang dilancarkan pada 2014, akan menyaksikan lebih daripada 15 seminar dianjurkan tahun ini berbanding lapan sesi tahun lalu.

Maybank BCC bertujuan untuk membolehkan RPKS memahami dengan lebih baik mengenai kemudahan yang disediakan untuk mereka dan bagaimana memanfaatkan perkhidmatan berkenaan bagi memajukan perniagaan mereka.

Sesi seminar setengah hari dikendalikan bersama pakar-pakar dalam industri sertpenasihat kewangan dari Maybank, akan menyediakan maklumat mengenai produk perbankan sedia ada serta peluang-peluang baru menerusi platform dalam talian dan digital.

Di bawah portfolio RPKS, Maybank menyediakan perkhidmatan kepada sektor perniagaan yang luas daripada pemborongan dan perdagangan runcit, hinggalah pengurusan perhotelan; insurans; hartanah; perdagangan am; farmasi; pendidikan dan barangan pengguna.

Kira-kira 61 peratus daripada pembiayaan RPKS tahun lalu terdiri daripada pembiayaan Islam dan bakinya adalah pembiayaan konvensional. – MalaysiaGazette