Home Ekonomi Gallery Bookstore tawar diskaun, hadiah pada PBAKL

Gallery Bookstore tawar diskaun, hadiah pada PBAKL

KUALA LUMPUR – Gallery Bookstore menawarkan potongan harga pelbagai koleksi buku yang dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL) yang berlangsung mulai hari ini sehingga 7 Mei depan.

Penganjuran kali ini diadakan Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pengarah Urusan Gallery Bookstore, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, pihaknya menawarkan diskaun bagi buku-buku jualannya.

Tahun ini, penampilan Gallery Bookstore lebih istimewa kerana ruang jualan lebih besar dengan konsep ‘Kedai Gallery Bookstore’ di PWTC.

“Diskaun buku ditawarkan untuk semua kategori buku termasuk dari Indonesia serta potongan harga luar biasa bagi set buku Ladybird,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bagi memeriahkan penganjuran pesta buku kali ini, Gallery Bookstore turut mengadakan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung dan pembeli termasuk cabutan hadiah, beli dan menang.

Antara hadiah yang ditawarkan ialah hamper, televisyen 50 inci dan lima telefon bimbit.

Selain itu, pengunjung-pengunjung juga berpeluang bersama penulis dan sebagainya. – MalaysiaGazette