foto FAREEZ FADZIL, 27 APRIL 2017.

ALOR SETAR – Ketua Penerangan Pas Selangor, Syukri Omar memberi amaran kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 merupakan penggal terakhir beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ia kerana Pas sedia menggerakkan jentera Pemudanya bagi menghadapi seterusnya memenangi PRU 14, termasuk di Selangor.

“Demikian juga kepada Datuk MB(Selangor) beliau boleh gelar kita sebagai lebai, ingat kalau tanpa jemaah ini yang membantu apa lagi membantu PH, kerusi MB akan menjadi kerus penggal terakhir buat MB Selangor.”

Syukri berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Azmin melalui status yang dimuat naik di akaun twiter milik beliau yang secara sinis menggelarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘tok lebai’ yang jatuh tersungkur.

Dalam ucapan perbahasan Syukri, beliau turut mencabar Rafizi Ramli agar kekal bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menghadapi calon berwibawa daripada Pas.

Ia berikutan dakwaan Rafizi sebelum ini yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan Pas yang menerima dana daripada syarikat pelaburan kontroversi negara, 1MDB.

“PKR pada asalnya berterangan serangan seperti aliran 1MDB kepada pihak Pas menamakan ustaz Nasharuddin Mat Isa yang tak ada kaitan dengan Pas apatah lagi menerima duit dari UMNO.

“Dari kalangan pemimpin kita. Kita boleh lihat ada kereta yang button aircond nya tercabut, mana mungkin pimpinan kita nak terima duit dari UMNO.

“Kalau benar pimpinan kita terima duit dari UMNO. Perwakilan paling awal akan keluarkan mereka dari barisan pimpinan.”

Dalam ucapan sama, Syukri turut mengusulkan supaya Majlis Syura Ulama menerima usul supaya memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor.- MalaysiaGazette