JOHOR BAHRU – Reman pembantu warden madrasah tahfiz yang didakwa mendera seorang penuntutnya sehingga menyebabkan kematian dilanjutkan sehingga 3 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki itu telah direman tujuh hari dari 27 April lalu.

Lelaki yang ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Sabtu lalu selepas ibu kepada kanak-kanak malang itu membuat laporan polis.

Pada awalnya suspek direman selama empat hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Remannya disambung lagi tiga hari lagi selepas itu

Siasatan ke atas lelaki itu kini dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas penuntut tersebut, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal dunia pada Rabu lalu.

Mohamad Thaqif Amin didakwa disebat dengan getah paip oleh pembantu warden berkenaan sehingga menyebabkan jangkitan kuman

Jangkitan itu dikatakan mengakibatkan tisu-tisu kedua-dua kaki kanak-kanak rosak dan untuk menyelamatkan Mohamad Thaqif, kakinya terpaksa dipotong hingga ke paras paha. – MalaysiaGazette