Mohamad Sabu

ALOR SETAR – Kejadian ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan mengejutkan semua pihak.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dalam reaksi segeranya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli Pas yang berkampung sempena muktamar bertenang dan mendoakan semoga semua selamat.

“Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendak-Nya. Sebagai orang Islam, kita perlu reda dengan ketentuan dan sedikit ujian ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, malam ini.

Mohamad turut mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, seramai 10 orang dilaporkan cedera, manakala puluham khemah yang menempatkan pelbagai jenis jualan rosak diterbangkan ribut. – MalaysiaGazette