SHAH ALAM – Selebriti Hafiz Hamidun selamat diijabkabulkan dengan pengasas produk kecantikan Merve Group Holdings Berhad, Joy Revfa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, Hafiz, 33 akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan Joy Revfa, 30 atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin kira-kira jam 3.17 petang tadi.

Hafiz dan Joy dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid SSAAS, Firdaus Subhi.

Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Firdaus Subhi (kiri) membacakan doa sambil Penyanyi Nasyid Tanah Air, Hafiz Hamidun menadah tangannya pada Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun dengan Siti Arifah Mohd Amin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 MEI

Pasangan mempelai mengenakan busana serba putih, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dan mas kahwin berjumlah RM1,000.

Ketika ditanya pemberita tentang perancangan bulan madu, Hafiz berkata, beliau akan membawa isterinya beberapa hari ke Taiwan.

Isteri penyanyi nasyid tanah air, Siti Arifah Mohd Amin menyarungkan cincin kepada suaminya pada Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun dengan Siti Arifah Mohd Amin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 MEI 2017

“Kami akan ke Taiwan sekejap sahaja, antara empat atau lima hari dan ia tidak menjejaskan program saya dalam Gegar Vaganza,” katanya.

Hafiz berkata, beliau berhasrat membawa isterinya menunaikan ibadah umrah pada bulan puasa nanti.

“Pada bulan Ramadan ini, insya Allah kita akan ke Tanah Suci Mekah,” katanya.- MalaysiaGazette