NEW YORK – Harga minyak susut pada Selasa berikutan pemulihan dalam pengeluaran di Libya dan kenaikan bekalan minyak Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan pemotongan pengeluaran OPEC mungkin tidak ketara mengurangkan gelembung pasaran.

Harga bahan bakar itu jatuh disebabkan sikap tidak sabar pasaran berikutan penurunan inventori global yang perlahan, meskipun pengeluar minyak utama telah mengurangkan 1.8 juta tong sehari bagi separuh pertama 2017.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat, sebagai contoh, dijangka menyaksikan penurunan empat minggu berturut-turut daripada rekod tinggi pada akhir bulan Mac, tetapi stok masih kira-kira 10 peratus melepasi paras akhir tahun.

Brent bagi penghantaran Julai jatuh sebanyak 0.1 peratus kepada AS$51.46 pada 0227 GMT, selepas jatuh ketika AS$0.53 ketika sesi penutup semalam.

Penanda aras minyak itu hanya naik sekitar AS$1 daripada paras rendah sebulan AS$50.45 pada hari Khamis lalu selepas dua medan minyak Libya beroperasi semula.

Minyak mentah Nymex bagi penghantaran Jun juga jatuh 0.2 peratus kepada AS$48.75.

OPEC akan mengadakan pertemuan pada 25 Mei ini sama ada mahu meneruskan kawalan pengeluaran pada separuh kedua tahun ini.

“Lebihan bekalan khususnya di Eropah mengekang kenaikan Brent,’ kata Kaname Gokon, seorang broker dari Okato Shoji, Tokyo.

Malah, katanya, secara keseluruhan permintaan masih lemah dan stok inventori pula meningkat.

Syarikat minyak Libya telah meningkatkan pengeluaran melepasi 760,000 setong sehari kepada paras tertinggi sejak Disember 2014 dan merancang untuk menambah pengeluaran.

Pengeluaran minyak di Amerika Syarikat juga tertinggi sejak Ogos 2015. – MalaysiaGazette