Laluan Kuala Lumpur - Singapura merupakan laluan udara antarabangsa tersibut dunia bagi tempoh Mac 2017 hingga Februari 2018.
Laluan Kuala Lumpur - Singapura merupakan laluan udara antarabangsa tersibut dunia bagi tempoh Mac 2017 hingga Februari 2018.

KUALA LUMPUR – klia2 telah mengendalikan 88 juta penumpang sejak ia dibuka pada 2 Mei 2014, membabitkan 30 juta penumpang domestik dan 58 juta penumpang antarabangsa.

Lapangan terbang itu mampu mengendalikan sejumlah 45 juta penumpang setahun (mppa) telah menyokong pertumbuhan trafik penerbangan tambang murah dengan baik.

Malaysia Airports Holdings Berhad berkata, selepas tahun pertama operasinya pada April 2015, klia2 mencatatkan sejumlah 24 juta pergerakan trafik penumpang.

Pertumbuhan ini meningkat lebih tinggi pada 2016, naik 15 peratus kepada 27.6 juta berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah trafik penumpang juga mengukuh pada suku pertama 2017 dengan merekodkan sejumlah 7.1 juta penumpang, masing-masing menyaksikan kira-kira 4.8 juta dan 2.3 juta penumpang tempatan dan antarabangsa.

klia2 juga telah menjalani beberapa inisiatif penambahbaikan dalam tempoh tiga tahun yang lalu termasuk pemasangan tambahan 25 laluan gerak, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 42 unit, serta perkhidmatan buggy 24 jam untuk kemudahan penumpang. – MalaysiaGazette