NEW YORK – Harga minyak menjunam ke paras terendah dalam tempoh lima bulan pada berikutan kemungkinan OPEC dan pengeluar lain menolak untuk meneruskan pemotongan bekalan bagi mengurangkan lebihan bekalan minyak dunia.

Harga tutup di bawah AS$50 setong – adalah yang paling rendah sejak 29 November lalu, sekali gus menjejaskan keuntungan pasaran pada lewat 2016 selepas pengumuman OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.

Peluang untuk meneruskan pengeluaran merosot selepas delegasi OPEC selepas dilihat tidak serius untuk meneruskan perjanjian itu semasa dalam pertemuan yang dijangka pada 25 Mei ini.

Tetapi bukan ahli OPEC boleh meminta supaya pengurangan itu diteruskan.

Minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate jatuh 4.81 peratus kepada AS$45.52 setong selepas menjunam sebanyak 5.29 peratus pada antara hari dagangan kepada AS$45.29, paras terendah sejak 29 November.

Brent pula ditutup pada AS$48.38 selepas merosot 5.17 peratus semasa sesi dagangan.

“Ketika kartel dijangka melanjutkan had pengeluaran untuk enam bulan akan datang, ia memberi cabaran kepada bukan OPEC untuk mematuhinya. Pertumbuhan berterusan dalam pengeluaran minyak di Amerika Syarikat..akan menyebabkan lanjutan had pengeluaran melepasi 2017 sukar,” kata penganalisis kanan tenaga Interfax Energy Global Gas Analytics, Abhishek Kumar.

Selain itu terdapat isyarat permintaan bahan tenaga di China lembab selepas tinjauan pertumbuhan sektor perkhidmatan pada bulan April menunjukkan ia paling perlahan dan setahun.

Kedua-dua penanda aras menguji tahap sokongan utama, dengan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh di bawah harga utama AS$47.23, menurut peniaga dan penganalisis.

Dean Rogers, penganalisis teknikal kanan di Kase & Co pula berkata, carta ini menunjukkan potensi mata berada pada sekitar AS$44.20 untuk WTI dan AS$47.20 untuk Brent. – MalaysiaGazette