KUALA LUMPUR – Bank of Japan, yang mewakili Menteri Kewangan Jepun dan Bank Negara Malaysia telah mencapai perjanjian bagi memuktamadkan Pengaturan Pertukaran Dua Hala bernilai sehingga AS$3 bilion.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, kedua-dua pihak berkuasa tersebut kini sedang mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan proses kelulusan di negara masing-masing.

Pengaturan ini bercirikan pertukaran dua hala, iaitu Jepun dan Malaysia akan menyediakan dolar Amerika Syarikat melalui pertukaran mata wang apabila mendapat permintaan daripada negara masing-masing.

Pihak berkuasa di Jepun dan Malaysia berharap untuk memperkukuh kerjasama dua hala melalui pengaturan ini, yang seterusnya akan menyokong kestabilan pasaran kewangan.

Pengaturan ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast