KUALA LUMPUR – Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang menyambut ulang tahunnya ke-65 di sini merupakan organisasi perintis menyediakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Timbalan Presidennya, Datuk S. Kulasegaran berkata, sejak penubuhannya pada 21 November 1951, pelbagai perkhidmatan telah disediakan dan badan itu menjalani beberapa proses pengubasuaian mengikut peredaran masa dan keperluan semasa golongan OKU berkenaan.

“Perubahan ini dilakukan demi memberi perkhidmatan terbaik untuk golongan sasar yang sentiasa berubah mengikut situasi.

“Walaupun penubuhan MAB sebagai badan amal tidak bermotifkan keuntungan, namun kami mengalu-alukan sokongan dan bantuan semua pihak sama ada berbentuk kewangan atau sumbangan untuk menjaga kepentingan OKU penglihatan di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun MAB ke-65 di Brickfields, di sini, hari ini.

Turut sama Ahli Dewan Negara, Senator Bathmavathi Krishnan; Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Hanib Ali dan Timbalan Pengarah JKM Kuala Lumpur, Chan Chow Hun.

Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB), Datuk S. Kulasegaran (tengah) diiringi Naib Presiden MAB, Dr. S. Radha Krishnan (kiri) merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun ke 65 Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 MEI 2017

Bersempena sambutan ulang tahun MAB, Kulasegaran turut melancarkan Berita MAB yang diterbitkan sebanyak empat keluaran setahun.

Penerbitan risalah itu dijangka dapat memberikan cerminan imej yang lebih baik terhadap MAB di samping membuka mata masyarakat akan kewujudan badan itu dalam menangani isu-isu berkaitan OKU penglihatan.

Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB), Datuk S. Kulasegaran (tengah) diiringi Bendahari Kehormat MAB, S. Santhirasegaran (kiri) dan wakil Microsoft, Dr. Kalai Anand (kanan) melancarkan laman sesawang Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB) pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke 65 Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 MEI 2017

Beliau berkata, MAB turut melancarkan laman sesawang badan itu yang telah dikemas kini semula selaras dengan fungsi dan peranan badan itu terhadap golongan sasar.

“Segala informasi berkaitan dengan MAB sama ada berkenaan perkhidmatan atau aktiviti yang dijalankan, dapat diperoleh melalui hujung jari dengan kecanggihan teknologi,” jelasnya.

Beliau berkata, antara perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan MAB setelah 60 tahun penubuhannya adalah penubuhan Pusat Latihan Pemulihan Lembah Kinta, Perak pada Ogos 2012.

Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB), Datuk S. Kulasegaran bersama ahli majlis tertinggi MAB memotong kek pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke 65 Presiden Persatuan Bagi Orang Buta (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 MEI 2017

“Pusat latihan khusus untuk melatih mereka yang baru mengalami kebutaan. Latihan ditawarkan lebih kepada latihan kemahiran harian.

“Penubuhan Pusat Latihan Panggilan pada September 2012 pula untuk mempersiapkan OKU penglihatan memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Selain OKU penglihatan dewasa, kanak-kanak yang mempunyai masalah sama turut dilatih melalui Program Masalah Kurang Upaya Pendengaran, Penglihatan dan Kepelbagaian Kecacatan (DBMH).

“Program ini turut merangkumi latihan kepada pada ibu bapa dan penjaga agar kanak-kanak mereka dapat terus dilatih meskipun sewaktu berada di rumah,” katanya. – MalaysiaGazette