Home Ekonomi BSN tidak tawar Dana Infaq, Solid Cash

BSN tidak tawar Dana Infaq, Solid Cash

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan ada menawarkan tabung usahawan yang menyediakan peruntukan RM200,00 hingga RM400,000 kepada usahawan terpilih.

Dalam kenyataan di sini, BSN berkata, ia adalah penyebaran mesej palsu kerana bank itu tidak pernah menawarkan dana sedemikian atau sebarang bentuk dana pembiayaan seumpamanya kepada para pelanggan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan penularan mesej yang mendakwa BSN menawarkan kemudahan Dana Infaq dan Solid Cash baru-baru ini.

BSN berkata, ia telah membuat laporan kepada pihak berkuasa pada 1 Mac lalu.

Sehubungan itu, BSN menasihatkan orang ramai berwaspada terhadap setiap panggilan, mesej pesanan ringkas atau emel yang mendakwa dihantar oleh pegawai BSN sekiranya ada pihak meminta pelanggan melakukan transaksi atau perkongsian maklumat peribadi.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 atau di laman sesawang www.bsn.com.my untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette