PARIS – Calon berhaluan sederhana, Emmanuel Macron telah memenangi pilihan raya Presiden Perancis.

Macron, menewaskan calon sayap kanan Marine Le Pen dengan memperoleh undi 65.5 peratus berbanding 34.5 peratus.

Kemenangan itu menjadi Macron, 39 presiden termuda di negara ini.

Macron juga akan menjadi presiden pertama dari luar parti utama tradisional sejak penubuhan republik moden itu pada tahun 1958.

Katanya, perubahan itu telah berlaku dalam sejarah Perancis.

“Saya telah mendengar kemarahan, kebimbangan dan ragu-ragu yang dinyatakan oleh anda dan saya berikrar untuk menghabiskan lima tahun ketika memegang jawatan ini untuk melawan kuasa-kuasa yang melemahkan Perancis,” katanya.

Macron juga memberi jaminan untuk memelihara perpaduan negara serta mempertahan dan melindungi Eropah.

Dengan 93 peratus undi yang sudah dikira, Macron mendapat kira-kira 19.3 juta undi manakala Le Pen mendapat kira-kira 10.4 juta, menurut Kementerian Dalam Negeri. – MalaysiaGazette