Home Ekonomi Ramal OPEC terus kurangkan pengeluaran, harga minyak naik

Ramal OPEC terus kurangkan pengeluaran, harga minyak naik

SINGAPURA – Harga minyak meningkat pada hari Isnin apabila OPEC dipercayai akan meneruskan pengurangan pengeluaran bekalan sepanjang tahun ini.

Harga minyak menyaksikan kejatuhan mendadak pada minggu lalu selepas bekalan bahan api dari negara-negara yang tidak terlibat dalam perjanjian OPEC terus meningkat termasuk Amerika Syarikat.

Selain itu, para pedagang berkata, kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihan raya Presiden Perancis mengatasi Marine Le Pen turut menyokong harga minyak dengan harapan ekonomi Eropah lebih stabil.

Niaga hadapan Brent pada harga AS$49.85 setong pada 0020 GMT pada hari Isnin (8.20 malam ET pada hari Ahad), naik sebanyak 1.5 peratus berbanding harga penutup.

West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan pada AS$46.87 setong, naik 1.4 peratus daripada harga akhir.

Pasaran menjadi yakin bahawa OPEC dan pengeluar lain termasuk Rusia, yang telah mengurangkan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bagi separuh pertama tahun ini untuk mengekang lebihan bekalan akan melanjutkan perjanjian itu sehingga akhir tahun ini.

Gabenor OPEC, Adeeb Al-Aama berkata, keyakinan meningkat bahawa lanjutan itu perlu bagi mengimbangi pasaran, tetapi tempoh belum jelas.

Meskipun begitu, penanda aras Brent dan WTI masih berada di bawah AS$50 setong kerana pasaran global kekal gelembung disebabkan jumlah simpanan yang meningkat serta pengeluaran dan penggerudian masih terus tinggi. – MalaysiaGazette