Universiti Sains dan Teknologi Korea Utara. Ia adalah universiti swasta pertama di negara itu. foto Agensi

PYONGYANG – Korea Utara menahan seorang warganegara Amerika Syarikat kerana disyaki menentang kerajaan.

Kim Hak-song bekerja di Universiti Sains dan Teknologi (PUST) dan telah ditahan pada 6 Mei lalu, kata agensi berita KCNA.

Seramai tiga rakyat Amerika Syarikat yang lain sedang ditahan di Korea Utara, termasuk Kim Sang-duck, yang telah mengajar di PUST.

Amerika Syarikat sebelum menuduh Korea Utara menahan rakyatnya untuk dipergunakan.

KCNA berkata, institusi yang berkaitan telah “menjalankan siasatan terperinci berhubung jenayah yang didakwa ke atas Hak-song.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada maklumat terperinci.

Jabatan Negara berkata, Washington tahu mengenai penahanan rakyatnya memaklumkan telah berhubung dengan Kedutaan Sweeden di Pyongyang untuk membantu kepentingannya di Korea Utara.

Hak-song menggambarkan dirinya sebagai seorang mubaligh Kristian yang akan memulakan sebuah ladang eksperimen di PUST, agensi berita Reuters yang memetik posting lelaki itu dalam Online.

PUST merupakan sebuah universiti untuk anak-anak elit Korea Utara.

Ia diasaskan pada tahun 2010 oleh seorang usahawan Kristian Korea-Amerika, dengan kos yang dibiayai oleh badan-badan amal Kristian Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Beberapa pensyarah asing mengajar di universiti tersebut.

Penangkapan Hak-song menjadikan dia warganegara Amerika Syarikat keempat yang ditahan di Pyongyang.

Tahanan Amerika Syarikat yang lain ialah:

Sang-duck, pensyarah yang mengajar di PUST, ditahan pada April lalu kerana didakwa cuba untuk “mengubah” kerajaan. Media Korea Selatan berkata, beliau 55 tahun dan telah terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan di Korea Utara

Kim Dong-chul, 62, pula dijatuhi hukuman kerja berat 10 tahun kerana didakwa mengintip tahun lepas.

Pelajar Otto Warmbier, 22, dijatuhi hukuman kerja berat selama 15 tahun kerana cuba mencuri tanda propaganda dari sebuah hotel. – MalaysiaGazette