Sesi fotografi bersama penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza pada Majlis Pelancaran Album Simetrisiti di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Albm terbaharu Datuk Siti Nurhaliza iaitu SimetriSiti mencipta kejutan apabila terjual sebanyak 300 unit dalam tempoh 20 minit selepas penjualannya dibuka menerusi portal beli-belah Lazada.

Jualan itu dibuka kepada 300 pembeli terawal sempena pelancaran album tersebut pada Jumaat lalu yang merupakan album edisi terhad kerana nilai eksklusifnya, selain mempunyai tandatangan penyanyi popular berkenaan dan disertakan dengan poskad.

Album SimetriSiti merupakan terbitan Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. itu akan berada di pasaran secara fizikal dan digital bermula esok.

SimetriSiti menampilkan gandingan komposer dan penulis berpengalaman serta baharu termasuk dari Indonesia dalam usaha Siti mahu memberikan keseimbangan dari segi citarasa muzik untuk para peminatnya.

Mereka adalah Aubrey Suwito, Ad Samad, Ivan Lahardika, Ade Govinda, Mohariz Yaakup, Habsah Hassan dan Amirah Ali.

Album solo studio ke-18 itu memuatkan 10 lagu antaranya Bersandarkan Cinta, Segala Perasaan, Penghiburku, Ikrar Cinta, Aku Bukan Malaikat, Manis Terindah, Kisah Kuinginkan dan Kau Takdirku.

Sementara itu, lagu Segala Perasaan yang menjadi single pertama sudah berada di semua digital plafform bermula 28 April lalu dan menjuarai carta I-Tunes.

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza (tengah) bergambar sambil menunjukkan album terbarunya bersama Pengarah Urusan Universal Malaysia & Singapura, Kenny Ong (lima kiri), para producer, komposer dan penulis lirik pada Majlis Pelancaran Album Simetrisiti di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2017.
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza (tengah) bergambar sambil menunjukkan album terbarunya bersama Pengarah Urusan Universal Malaysia & Singapura, Kenny Ong (lima kiri), para producer, komposer dan penulis lirik pada Majlis Pelancaran Album Simetrisiti di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2017.

Ditanya mengenai  sambutan menggalakkan terhadap album itu, Siti mengakui teruja dengan berita yang diterima.

“Sudah pasti Situ bersyukur kerana mendapat sambutah hebat setelah sekian lama dinantikan peminat.

“Siti akui semasa proses rakama vokal, Siti menghadapi masalah kesihatan apabila batuk-batuk.

“Namun Alhamdulillah, guru vokal dapat membimbing Siti dan hasilnya masih memuaskan,” k,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaranitu di sebuah hotel terkemuka di sini.

Siti juga mengakui beliau meletakkan sasaran tinggi untuk SimetriSiti meraih anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang.

Bagi Siti, AIM merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf penggiat seni di belakang tabir yang banyak menyumbang idea dan tenaga dalam sesebuah album. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast