Basuki Tjahaja Purnama

JAKARTA – Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah kerana menghina al-Quran.

Hukuman yang dikenakan oleh mahkamah daerah ini adalah lebih berat daripada dua tahun pengawasan yang dicadangkan oleh pendakwa raya negeri.

Basuki yang lebih dikenali dengan nama Ahok akan membuat rayuan terhadap hukuman itu.

Ahok didakwa di mahkamah selepas beliau merujuk kepada ayat al-Quran semasa berucap kepada pengundi-pengundi ketika berkempen untuk pilihan raya Gabenor Jakarta ada September yahun lalu.

Beliau memberitahu kepada orang ramai agar tidak diperdayakan oleh pesaing yang meminta pengundi Islam menolak pemimpin bukan Islam.

Ahok adalah penganut Kristian.

Kes yang didengar oleh lima panel hakim mempertimbangkan sama ada kenyataan Ahok telah menghina Islam.

Semasa membaca keputusan itu, hakim berkata, terdapat bukti Basuki telah melakukan penghinaan dan oleh yang demikian beliau didapati bersalah. – MalaysiaGazette