KUALA LUMPUR – Malaysia melalui Honda Malaysia muncul satu-satunya negara di luar Jepun memperkenalkan Honda Sport Hybrid (i-DCD) kepada model Honda Jazz yang akan membuat penampilan pertama pada 13 dan 14 Mei ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda Malaysia berkata, Jazz Hybrid berkenaan akan dilancarkan bersama Honda Jazz Baru (Facelift) yang kini dibuka untuk tempahan di semua 90 pengedar Honda di seluruh negara.

“Jazz baru, kedua-dua petrol dan Hybrid Sport dijangka memasuki pasaran Malaysia dalam suku kedua 2017 dengan varian Sport Hybrid bersedia untuk penghantaran kepada pelanggan bermula suku ketiga 2017 dan seterusnya.

“Honda Malaysia mencapai kejayaan sama seperti pada tahun 2004 kerana menjadi perintis kepada syarikat automotif dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengeluaran Jazz Hybrid bertujuan membangkitkan lagi pasaran teknologi canggih Honda selain memenuhi permintaan pasaran hibrid di negara ini.

Unit Kuasa Pintar (IPU) pula diperbuat daripada bateri ion Lithium (Li-ion) yang mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk prestasi yang lebih baik.

IMG_0044

“Jazz Hybrid baru akan dilengkapi dengan sistem Hybrid Sport menjadikan Honda Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun memperkenalkan sistem pintar Dual Clutch Drive (i-DCD) Hybrid.

“Hybrid Jazz baru juga akan dilengkapi dengan 1.5L DOHC baru dengan enjin i-VTEC menggabungkan 7-Speed Dual Clutch Transmission bersepadu dengan High Power Motor menggalakkan pecutan unggul menyebabkan pemandu lebih sporty,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, model Honda Jazz yang telah berjaya dijual lebih 77,700 unit di Malaysia.

Sebanyak 60 peratus daripada jumlah jualan disumbangkan oleh Jazz generasi ketiga, ketika diperkenalkan pada tahun 2014 dan menjadi kenderaan hatchback terbaik dalam segmen tersebut.

Angka jualan Honda Malaysia bagi Januari hingga April 2017 menunjukkan, model Jazz telah menyumbang 13 peratus daripada jumlah jualan yang dicapai dengan lebih daripada 4,400 unit terjual.

Ia sekaligus mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmennya. – Malaysia Gazette.