SEOUL – Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu daripada wilayah terdekat di perairan barat, kata tentera Korea Selatan.

Peluru itu dibedil sejauh 700 kilometer, dilancarkan dekat Kusong,  Pyongyang.

Korea Utara telah melancarkan beberapa siri peluru berpandu tahun lalu, meningkatkan ketegangan hubungan dengan Amerika Syarikat,

Dua peluru berpandu yang dilancarkan bulan lalu gagal selepas ia meletup sejurus dilepaskan.

Korea Utara dan Jepun mengutuk pelancaran terbaharu itu.

Presiden Korea Utara, Moon Jae-in telah memanggil mesyuarat kecemasan majlis keselamatannya untuk membincangan isu tersebut, kata agensi berita Yonhap.

Jepun berkata, peluru berpandu itu berada di ruang udara selama 30 minit sebelum mendarat di Laut Jepum.

Tentera Amerika Syarikat sedang mengkaji jenis peluru yang digunakan. – MalaysiaGazette