Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di sini esok.

Sehubungan itu, kepimpinan Pas mengajak seluruh ahli dan penyokong mendoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi menjalani rawatan dengan berjaya dan selamat, menurut Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, maklumat rasmi daripada parti akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Keluarga dan parti mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Abdul Hadi dengan tidak menziarahi beliau pada waktu ini,” katanya. – MalaysiaGazette