Home Ekonomi UMW-OG dapat kontrak Petronas AS$35j

UMW-OG dapat kontrak Petronas AS$35j

KUALA LUMPUR – UMW Oil & Gas Corporation Bhd (UMW-OG) menerima dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. bernilai AS$34.81 juta untuk menyediakan perkhidmatan kepada firma dan telaga-telaga pilihan.

UMW-OG dalam kenyataannya berkata, kontrak adalah untuk menyediakan perkhidmatan penggerudian pelantar.

Katanya, kontrak pertama dan kedua adalah menyediakan perkhidmatan penggerudian bagi Petronas Carigali, yang mana UMW-OG akan menggunakan UMW Naga 3 bagi kontrak berkenaan.

UMW Naga 3 kemudahan penggerudian yang mempunyai keupayaan kedalaman menggerudi sedalam 30,000 kaki dan operasi kedalaman air sehingga 350 kaki.

Kontrak itu akan menggerudi lima telaga dengan tambahan penggerudian lima telaga bermula pada bulan Jun ini.

Bagi kontrak kedua, UMW-OG akan menggunakan UMW Naga 4 bagi menggerudi dua telaga dengan tambahan penggerudian tiga telaga, juga bermula Jun ini.

UMW Naga 4 mempunyai keupayaan menggerudi sedalam 30,000 kaki dan operasi air sedalam 400 kaki. – MalaysiaGazette