Gambar hiasan

JAKARTA – Empat tentera Indonesia terbunuh dan lapan yang lain cedera disebabkan tembakan meriam ketika menjalani latihan di sebuah pulau di Laut China Selatan.

Kejadian itu berlaku apabila meriam yang digunakan semasa latihan oleh satu batalion tentera di Tanjung Datuk Natuna tidak berfungsi dengan betul.

“Meriam itu menjadi tidak terkawal dan membedil tentera di kawasan itu,” kata jurucakap tentera, Alfret Denny Tuejeh.

Daripada lapan anggota tentera yang cedera, empat dilaporkan dalam keadaan serius.

Meriam yang dibeli pada tahun 2003, telah digunakan sehari sebelum kejadian tanpa sebarang masalah, katanya.

Tentera Indonesia telah memulakan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Pulau ini adalah sebahagian daripada kepulauan kecil Natuna adalah lokasi menangkap ikan dan simpanan minyak yang banyak. – MalaysiaGazette