Home Ekonomi Khazanah mahu jual kepentingan dalam Apollo Hospitals

Khazanah mahu jual kepentingan dalam Apollo Hospitals

MUMBAI – Saham Apollo Hospitals Enterprise Ltd. susut 2.7 peratus hari ini selepas anak syarikat milik Khazanah Nasional Berhad berhasrat untuk menjual baki kepentingan sebanyak 4.78 peratus dalam entiti itu.

Integrated (Mauritius) Healthcare Holdings Ltd, adalah sayap milik Khazanah mahu menjual sehingga 6.7 juta saham dalam Apollo Hospitals pada harga 1,245 rupee kepada 1,260 rupee sesaham.

Tawaran itu di bawah harga penutup 1,280.20 pada Rabu, menurut lembaran rundingan.

Pada bulan Mac lalu, sayap Khazanah itu telah menjual 10.6 bilion kepentingan dalam Apollo Hospitals. – MalaysiaGazette