JAKARTA – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sebuah feri yang membawa hampir 200 orang terbakar di Indonesia.

Kapal itu terbakar pada petang Jumaat di perairan Pulau Jawa menyebabkan kapten terpaksa mengarahkan para penumpang meninggalkan pengangkutan itu.

Agensi Pengurusan Bencana Alam berkata, kebakaran itu mungkin disebabkan oleh litar pintas pada salah sebuah daripada trak yang dibawa dalam kapal tersebut.

Para penyelamat berjaya menyelamatkan 141 orang penumpang dan menemui lima mayat serta mencari jika ada individu yang masih hilang. – MalaysiaGazette