Malaysia Industrial Development Finance foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 04 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli RM192.4 juta ekuiti tempatan minggu lalu, jumlah terendah dalam tempoh 11 minggu.

MIDF Research dalam laporan mingguannya berkata, kecenderungan belian pelabur berlarutan untuk 15 minggu berturut-turut,  semakin hampir belian 24 minggu yang bermula pada bulan Disember 2012 dan berakhir pada Mei 2013.

“Bagaimanapun, aliran mudah tunai asing bertukar tidak menentu kerana pelabur asing bertukar menjadi penjual bersih dalam dua daripada lima hari dagangan.

“Pada hari Rabu, hari ke-26 kecenderungan direbut oleh pelabur asing dengan belian bersih RMM51.1 juta,” katanya.

Firma penyelidikan itu menambah, nilai dagangan harian purata asing melonjak sebanyak 27 peratus kepada RM1.26 bilion, kali ketiga tertinggi pada tahun ini.

Tambah MIDF, pasaran runcit kekal baik dengan kadar penyertaan melepasi RM1 bilion iaitu RM1.39 bilion, kenaikan 17.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ia merupakan minggu ke-10 pada tahun ini penyertaan runcit melebihi RM1 bilion. – MalaysiaGazette