"Di manakah api Roket yang digunakan untuk memarahi Barisan Nasional (BN) dan MCA? Kenapa DAP Selangor tidak mendesak menteri besar supaya Exco Pas dilenyapkan daripada kerajaan negeri?
PETALING JAYA – Seorang kolumnis Nanyang Siang Pau mempertikaikan DAP yang cenderung untuk berdiam diri dalam menghadapi keengganan Pas untuk meninggalkan barisan Exco Selangor walaupun parti itu memilih untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Chen Fu Xing mempersoalkan kenapa DAP tidak mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk menyingkirkan Exco Pas dalam kerajaan negeri Selanhor.

“Di manakah api Roket yang digunakan untuk memarahi Barisan Nasional (BN) dan MCA? Kenapa DAP Selangor tidak mendesak menteri besar supaya Exco Pas dilenyapkan daripada kerajaan negeri?

Fu Xing berpendapat, DAP secara relatifnya berpeluang besar untuk mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang selagi parti itu dapat memelihara hubungannya dengan PKR.

Katanya, keadaan di Selangor pula berlainan kerana pembangkang boleh kehilangan negeri itu ke tangan BN jika Pas ‘buat kacau’ di situ.

“Walaupun pengaruh Pas di Selangor tidaklah besar, tetapi kerosakan yang dibawanya tidak harus dipandang remeh.

“Kalau Pas membuat kacau di Selangor, maka langit biru (merujuk BN) mungkin muncul semula di Selangor,” katanya.

Kolumnis itu juga berpendapat, walaupun Parti Pribumi Bersatu bersemangat tinggi untuk menguasai Kedah, tetapi pembangkang masih sukar untuk menembus benteng BN jika ia gagal berkawan dengan Pas.

“Pengaruh Parti Amanah Rakyat tidak seberapa dan masing-masing PKR dan Parti Pribumi Bersatu sedikit sebanyak adalah ‘diikat’ oleh Pas, hanyalah DAP yang mampu mengabaikan Pas.

“Tetapi dalam isu di Selangor, hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang melepaskan batuk di tangga. Selain daripadanya, apa yang dilakukan DAP untuk mendesak Pas?,” katanya. – MalaysiaGazette