PYONGYANG – Korea Utara mengesahkan negara itu berjaya melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana semalam.

Agensi beritanya, KCNA berkata, senjata itu sudah bersedia digunakan untuk tindakan ketenteraan.

White House berkata, peluru berpandu adalah jarak dekat berbanding yang digunakan dalam tiga ujian terdahulu.

Ujian terbaharu itu dilakukan selepas seminggu Korea Utara melancarkan roket jenis baharu yang boleh membawa kepala peledak lebih besar.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan menyelia pelancaran peluru berpandu Pukguksong-2 pada hari Ahad, kata KCNA sambil menambah beliau telah meluluskan penggunaan sistem senjata tersebut untuk tindakan”.

Kementerian Luar Korea Selatan sebelum ini berkata, majlis pelancaran itu ialah “melulu dan tidak bertanggungjawab”, manakala Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson menyifatkannya sebagai “mengecewakan” dan “mengganggu”.

Pelancaran peluru berpandu yang dibedil sejauh 560 kilometer ke arah Laut Kepun, kata Korea Selatan.

Minggu lalu, peluru berpandu yang dilancarkan sejauh 700 kilometer.

Agensi berita Jepun berkata, kemungkinan peluru berpandu itu jatuh di luar perairan Jepun. – MalaysiaGazette