NEW YORK – Harga minyak ditutup sedikit tinggi berikutan jangkaan OPEC mahu meneruskan pengurangan bekalan bahan bakar dan cadangan White House untuk menjual separuh daripada rizab petrolnya.

Brent ditutup AS$54.14 setong dan minyak Amerika Syarikat naik AS$0.34 kepada AS$51.47 setong.

OPEC akan bermesyuarat pada 25 Mei ini di Vienna bagi mempertimbangkan untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran dalam usaha mengekalang lebihan minyak di pasaran.

Pertubuhan itu dan bukan negara-negara pengeluar termasuk Rusia sebelum ini telah melaksanakan pengurangan bekalan kira-kira 1.8 juta tong sehari untuk separuh pertama tahun ini.

Pemimpin OPEC, Arab Saudi mahu melanjutkan pengurangan bekalan sehingga sembilan bulan lagi untuk memastikan harga minyak melepasi AS$50 setong.

Semalam, delegasi dari Kuwait, Algeria, Ecuador dan Mexico telah menyatakan sokongan untuk meneruskan pengurangan bekalan, kata Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq.

“Kami bersetuju untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengimbangi pasaran minyak,” katanya. – MalaysiaGazette