Kejadian letupan bom yang setakat ini mengorbankan nyawa dua mangsa.

JAKARTA – Sekurang-kurangnya dua orang terkorban manakala seorang anggota polis cedera selepas mereka terlibat dalam satu insiden letupan di Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi.

Menurut saksi, anggota polis berkenaan cedera selepad dua letupan kedengaran pada kira-kira jam 9 malam tadi di sebuah perkampungan yang padat dengan penduduk.

Butiran lanjut mengenai insiden tersebut masih belum jelas namun ramai saksi mendakwa letupan pertama dan kedua berlaku selang lima hingga 10 minit berhampiran sebuah perhentian bas dan kawasan parkir motosikal.

Pihak polis masih belum dapat menentukan punca letupan tetapi gambar dan video dari tempat kejadian menunjukkan cebisan daging dan anggota badan manusia bertaburan berhampiran perhentian bas berkenaan.- Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=kWZ4nLiE5RI