Ilustrasi Bandar Malaysia

SINGAPURA – Malaysia dan China akan mengadakan mesyuarat untuk meneruskan beberapa cadangan bagi pembinaan tiga pelabuhan baru di sepanjang Selat Melaka dan rancangan untuk bersama-sama membangunkan projek Bandar Malaysia yang dikaitkan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).

Seramai 35 delegasi peringkat tertinggi China yang diketuai oleh Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun, dijadual mengadakan rundingan esok dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pilihan pembiayaan dan tempoh masa pelaksanaan bagi pembangunan pelabuhan Melaka Gateway dan satu lagi di Pulau Carey, Selangor.

Ia juga akan membincangkan cadangan pembangunan pelabuhan tenaga di Bagan Datok, Perak, perkata yang pertama kali dibincangkan antara kedua-dua kerajaan pada bulan Januari semasa lawatan Zahid ke Beijing.

Rancangan pembangunan di pelabuhan tenaga di Bagan Datoh merupakan projek saluran paip minyak yang akan merentasi Semenanjung Malaysia hingga ke Bachok, sebuah bandar pantai di Kelantan.

Anggaran kos pembinaan boleh mencecah RM30 bilion (S$9.7 bilion), sumber-sumber kerajaan berkata.

Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan tentang mesyuarat itu, memberitahu Guo dan Zahid akan mengetuai perbincangan kerana pelabuhan-pelabuhan dan projek saluran itu adalah kerjasama bersama kepentingan keselamatan bagi kedua-dua kerajaan.

Secara berasingan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dijadual mengetuai satu delegasi ke Beijing lewat minggu ini untuk bertemu dengan peserta-peserta yang berpotensi untuk projek Bandar Malaysia.

Pegawai-pegawai kerajaan yang tahu mengenainya berkata, Irwan dijangka mengadakan perbincangan dengan perusahaan milik negara China – seperti China Overseas Land dan Investment serta Greenland Group – kemungkinan pembabitan dalam projek tersebut, selain pemaju hartanah besar, Dalian Wanda. – MalaysiaGazette