Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

KOTA BHARU – Isu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa nenggunakan masjid tidak boleh dipandang diringan dan tindakan perlu diambil bagi mengelakkan kejadian seperti itu berluang lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kejadian seperti itu bukan kali pertama berlaku malah sebelum sudah beberapa kali ahli politik bukan Islam menggunakan masjid dan surau untuk berpolitik.

Katanya, malah tindakan pemimpin bukan Islam terutama dari DAP dan PKR yang berulang kali itu seolah-olah seperti tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam.

“Ini bukan kali pertama ia berlaku (menggunakan masjid untuk berpolitik) tetapi sudah berulang kali.

“Kalau kali pertama kali mungkin kita boleh andaikan pemimpin DAP itu tersalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jasa Mu dikenang bagi meraikan bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha di sini malam tadi.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur dan menggunakan ruang solat sebagai tempat berpolitik pada minggu lalu.

Kemunculan wakil rakyat dari PKR di masjid tersebuy menjadi tular di laman sosial dan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Netizen melihat tindakan Siravasa itu mahu menggunakan masjid sebagai tempat untuk berpolitik. – MalaysiaGazette