Polis mengepung kawasan Resorts World Manila selepas seorang lelaki bersenjata memasuki premis berkenaan. foto Agensi

MANILA – Sekurang-kurangnya 34 mayat ditemui di sebuah Resorts World Manila di sini selepas serangan oleh seorang lelaki bersenjata.

Sebahagian besar mereka dipercayai meninggal dunia akibat lemas, menurut rangkaian berita ANC yang memetik Biro Perlindungan Kebakaran.

Sebelum ini, resort berkenaan diserbu masuk oleh seorang lelaki bersenjata tetapi kejadian itu dikatakan bukan membabitkan pengganas.

Lelaki itu disahkan mati. – MalaysiaGazette