KUALA LUMPUR – Malaysia menyaksikan penurunan pengambilan pekerjaan dalam talian antara April 2016 dan 2017 – hampir sama dengan bulan Mac, menurut Indeks Pekerjaan Monster.

Momentum pengambilan pekerjaan antara bulan Mac dan April perlahan.

Data menunjukkan sektor teknologi maklumat, telecom, penyedia perkhidmatan Internet serta proses penyumberan luar bisnes dan perkhidmatan pemboleh teknologi maklumat masih kekal sebagai peneraju industri dalam pengambilan pekerja atas talian dengan pertumbuhan 12 peratus antara April tahun lalu dan 2017.

Sama dengan bulan sebelumnya, sektor peruncitan masih meneruskan penurunan ketara sebanyak 36 peratus dalam semua sektor pekerjaan tahun ke tahun pada bulan April.

Begitu juga dengan perkhdimatan profesion yang jatuh 60 peratus secara tahunan, terus merosot berbanding penurunan 58 peratus pada bulan lalu.

Bagaimanpun, peranan pembangunan perniagaan dan jualan mendapat permintaan tinggi, meyaksikan pertumbuhan 9.0 peratus tahun ke tahun pada bulan itu.

“Walaupun turun naik dalam pasaran buruh Malaysia berterusan, adalah penting bagi perniagaan merangka strategi bakat supaya dapat mengurangkan ketidaksepadanan kemahiran di antara yang graduan baharu dan keperluan industri pada masa ini,” kata Sanjay Modi, Pengarah Urusan, Monster.com APAC dan Timur Tengah.

“Tenaga kerja global berada dalam perubahan yang berterusan dan ia penting untuk kerajaan, industri dan institusi pendidikan untuk bekerja seiring dan menyokong pekerja pertengahan meningkatkan kemahiran kerjaya masing-masing,” ujarnya.

Tambahnya, Malaysia perlu menangani cabaran kemahiran negara dan membantu ekonomi ke arah matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. – MalaysiaGazette