KUALA LUMPUR – AirAsia kini menawarkan sebanyak tiga juta tempat duduk percuma sempena kempen terbaru.

Kempen itu bermula 5 Jun 2017 (0001h GMT +8) hingga 11 Jun 2017 (2400 GMT +8) untuk tempoh perjalanan antara 15 Januari 2018 dan 28 Ogos 2018.

Para pelanggan berpeluang menikmati tambang serendah dari RM0 sehala ke pelbagai destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan
Surat Thani; dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Singapura; dari Johor Bahru ke Terengganu dan banyak lagi.

Para tetamu yang terbang bersama AirAsia X juga dapat menikmati tambang serendah RM199 dari Kuala Lumpur ke Perth dan Chongqing, selain menikmati tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Beijing, Shanghai, Osaka, Busan, Auckland, Gold Coast, dan pelbagai destinasi lain dari hanya RM899 sehala.

Premium Flatbed dan Premium Flex kini termasuk insurans perjalanan untuk semua penerbangan terus yang berlepas dari Malaysia dan Thailand.

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah termasuklah hidangan dan penukaran penerbangan secara percuma, perlindungan kelewatan bagasi, jaminan tepat waktu serta lain-lain.

Ahli AirAsia BIG dan BIG Prepaid MasterCard akan menikmati akses lebih awal untuk promosi ini dan mereka boleh membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan melalui airasiabig.com dari 4 Jun 2017 (0001h GMT +8).

Rakan niaga AirAsia juga dapat menikmati keistimewaan untuk membuat tempahan 24 jam lebih awal, di mana pemegang kad BIG Prepaid boleh menempah di airasia.com, AirAsiaGo dan AirAsia Expedia di laman web masing-masing.

Manakala pemegang akaun Citibank di Malaysia akan menerima pautan eksklusif daripada bank tersebut untuk membuat tempahan awal.

Untuk 100 tempahan pertama setiap hari menggunakan AirAsia-Citi Card, anda akan menerima AirAsia Electronic Gift Voucher (eGV) bernilai RM50.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, promosi ini adalah tawaran terbaik untuk para tetamu yang merancang percutian mereka lebih awal.

“Dengan pelbagai destinasi menarik di dalam dan luar negara, promosi ini menawarkan peluang bagi percutian singkat atau panjang untuk semua,” katanya. – MalaysiaGazette