KUALA LUMPUR – Wisma Putra masih belum menerima sebarang laporan yang mengatakan terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam serangan pengganas di London pada Sabtu.

Tambahnya, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan sedang menyediakan laporan terkini berhubung rakyat Malaysia di London.

“Setakat ini tiada sebarang laporan yang mengatakan ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Rakyat Malaysia yang menetap di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan mengikut arahan yang diberikan pihak berkuasa,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wisma Putra has not received any reports of Malaysians being involved in Saturday’s terror attacks in London.

Rakyat Malaysia katanya boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi menerusi talian telefon + 44 (0) 207 242 4308, atau melalui emel [email protected] atau di alamat sementaranya di 52 Bedford Row, London WC1R 4LR.- MalaysiaGazette