Fujitsu dan Lenovo sedang berunding untuk menjalin kerjasama dalam pengeluaran komputer. REUTERS

TOKYO – Fujitsu Japan dijangka mencapai perjanjian bersama Kumpulan Lenovo Group Ltd di China untuk menggabungkan pasaran niaga komputer peribadi di pasaran dunia, kata Presiden Fijitsu Tatsuya Tanaka pada Selasa.

Pada Oktober lalu, Fujitsu menegaskan bahawa syarikat itu sedang beruding dengan Lenovo untuk bekerjasama di dalam reka bentuk dan pembuatan komputer peribadi.

Kedua-dua pihak berkenaan mahu perjanjian itu dimuktamadkan dalam beberapa bulan lagi.

“Kami sedang berada di peringkat akhir untuk mencari kaedah bagaimana untuk mewujudkan sinergi untuk dua syarikat ini.

Ia bukan sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku, tetapi kami sedang cuba sedaya upaya untuk membincangkang segala kemungkinannya.

“Kami menjangkakan memuktamadkan rundingan itu segera,” kata Tanaka dalam sidang media menjelaskan strategi syarikat Fujitsu.

Lenovo sebagai peneraju utama pengeluaran PC, kerjasama berkenaan dikatakan akan membantu menambah kuasa pembelian dan menerokaan dalam pasaran komputer yang mana keuntungan sangat rendah ketika ini.

Perjanjian Lenovo sebelum ini termasuklah membeli divisyen PC syarikat International Business Machines Corp (IBM) pada tahun 2005 dan mencipta komputer dengan kerjasama NEC Corp pada tahun 2011.

“Butiran lanjut mengenai kerjasama itu masih dibawah perbincangan dan tiada sebarang tempoh masa yang ditetapkan buat masa ini,” kata jurucakap Lenovo, Charlotte West.

Ditanya mengenai laporan media bahawa Fujitsu akan menyertai kerajaan Jepun untuk membida konsortium bermasalag iaitu Toshiba Corp, Tanaka berkata dia berhati-hati dengan langkah tersebut.

Katanya agak sukar untuk meyakinkan pemegang saham syarikat Fujitsu dalam perkara itu.