FGV

KUALA LUMPUR – Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) naik semula selepas jatuh berikutan tekanan jualan semalam.

Para penganalisis berkata, kejatuhan saham FGV semalam adalah reaksi pasaran selepas Ketua Pegawai Eksekutif bersama tiga pegawai kanan lain diarah bercuti serta-merta.

Saham FGV hari ini ditutup RM1.66 naik 2.47 peratus berbanding harga penutup RM1.62 sesaham semalam.

Saham syarikat perladangan milik itu merupakan kaunter paling aktif didagangkan dengan 61.97 juta bertukar tangan. – MalaysiaGazette