BELANDA – KLM menjadi syarikat penerbangan dunia pertama yang menawarkan notifikasi pengesahan daftar masuk, pelepasan berlepas dan maklumat terkini mengenai status penerbangan melalui Twitter dan WeChat.

Ciri-ciri baru akan disediakan untuk penumpang yang menempah tiket mereka dan masuk melalui KLM.com.

Ia adalah strategi terkini media sosial yang digunakan oleh KLM.

Tahun lalu, KLM juga menjadi syarikat penerbangan pertama melancarkan perkhidmatan maklumat melalui Messenger Facebook.

Lebih daripada 1.4 juta pengguna menerima maklumat dan status terkini mengenai penerbangan melalui medium itu sejak ia dilancarkan.

KLM mempunyai lebih 2.2 juta pengikut di Twitter dan menerima lebih daripada 250,000 sebutan setiap minggu. – MalaysiaGazette