Datuk Shafien Mamat

KUALA LUMPUR –  Polis Dearah Shah Alam hari ini mengesahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian penculikan seperti yang diviralkan dalam media sosial sejak semalam.

Ketuanya, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya telah menerima maklumat yang mengatakan kononnya berlaku satu kejadian culik di kawasan itu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang laporan yang mengatakan penculikan berlaku di Shah Alam setakat ini.

“Tetapi pihak polis akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas maklumat yang disebarkan itu,” katanya dalam kenyataan menerusi pesanan WhatsApp di sini hari ini.

Justeru beliau meminta mana-mana orang yang mempunyai maklumat supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline IPD Shah Alam di talian 03-552 0 2022.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh menjejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat. -MalaysiaGazette