Loji nuklear Fukushima yang diuruskan oleh Tokyo Electric Power. foto Agensi

TOKYO – Kementerian Perdagangan Jepun akan melancarkan panel untuk menyemak semula pelan tenaga asas kerajaan dan mempertimbangkan keperluan untuk membina loji nuklear baharu atau menggantikan loji yang sedia ada.

Nikkei melaporkan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri akan memulakan perdebatan mengenai masa depan tenaga nuklear pada panel yang akan ditubuhkan seawal bulan ini.

Kementerian itu berhasrat untuk mempunyai pelan tenaga terkini yang diluluskan Kabinet pada akhir Mac depan, menurut laporan itu.

Kerajaan akan meneruskan dengan pelan semasa untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga nuklear tetapi ia akan mencadangkan untuk menyimpan jumlah minimum tenaga nuklear untuk bekalan kuasa yang stabil jangka panjang dan mengekalkan teknologi dan kakitangan, menurut laporan itu.

Halangan untuk perubahan dasar adalah tinggi untuk nuklear di Jepun sejak bencana Fukushima pada tahun 2011.

Sasaran kementerian industri bagi nuklear untuk menyediakan kira-kira satu perlima daripada tenaga elektrik di negara itu pada tahun 2030 menimbulkan kritikan meluas apabila ia telah dimuktamadkan pada tahun 2015. – MalaysiaGazette