Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani

JOHOR BAHRU – Kakitangan kerajaan negeri Johor bakal menerima bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri kelak.

Menurut Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani, sejumlah 19, 100 kakitangan kerajaan negeri akan menerima sumbangan daripada kerajaan negeri bermula 16 Jun depan.

“Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada para penjawat awam Kerajaan Negeri bersempena Aidil Fitri tahun ini.

“Pemberian bantuan kewangan itu sebagai meringankan beban kewangan para pejawat awam dan semoga ia akan memeriahkan lagi sambutan hari lebaran pada kali ini,” kata Azmi dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette.