YANGON – Pasukan penyelamat telah menemui separuh daripada 122 orang penumpang yang hilang selepas pesawat tentera terhempas di Laut Andaman minggu lalu.

Setakat ini 62 mayat telah ditemui termasuk sembilan adalah kanak-kanak.

Kejadian berlaku apabila pesawat Y-8-200F sedang membawa tentera, keluarga dan anak kapal dari beberapa bandar ke Yangon.

Meskipun punca nahas belum dapat disahkan, Ketua Komander, Min Aung Hlaing berkata, terdapat ‘awan besar’ di lokasi nahas.

Bagaimanapun beliau tidak memberi penjelasan lanjut.

Pesawat itu dijangka ditemui tidak lama lagi kerana ia terhempas dalam wilayah negara itu dan beberapa bukti sedang dikumpul.

Myanmar telah menolak tawaran bantuan oleh beberapa negara termasuk China, menurut akhbar Global New Light. – MalaysiaGazette