SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini berikutan pedagang niaga hadapan berpendapat harga pasaran telah mencapai paras paling rendah selepas kejatuhan baru-baru ini, walaupun pasaran fizikal kekal gelembung berikutan peningkatan dalam aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat.

Niaga hadapan Brent berada pada A$48.44 setong pada 0101 GMT, naik 0.6, berbanding harga penutup. West Texas Intermediate (WTI) pula AS$46.09 setong, juga meningkat 0.6 peratus.

Peniaga berkata, harga naik disokong oleh spekulatif pertambahan pelaburan mereka dalam niaga hadapan minyak mentah, dengan mengambil jumlah yang besar.

Peningkatan itu berlaku selepas niaga hadapan Brent dan WTI niaga hadapan minyak mentah jatuh sebanyak kira-kira 10 peratus – di bawah paras pembukaan pada 25 Mei, apabila OPEC melanjutkan pengurangaan pengeluaran minyak sehingga suku pertama 2018.

Manakala pasaran kewangan mempunyai keyakinan penurunan harga minyak mungkin sudah berlalu, pasaran fizikal kekal kembung, terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam aktiviti penggerudian untuk pengeluaran minyak baru.

Firma tenaga Amerika Syarikat berkata, sebanyak lapan pelantar minyak ditambah pada minggu yang berakhir pada 9 Jun, menjadikan jumlah naik kepada 741, tertinggi paling sejak April 2015, menurut firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Inc.

Usaha berterusan mencari minyak baru mendorong kenaikan output Amerika Syarikat lebih daripada 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada lebih 9.3 juta tong sehari, angka itu menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) mungkin akan naik melebihi 10 juta tong sehari menjelang tahun depan, mencabar pengeksport utama Arab Saudi. – MalaysiaGazette