pelakon tempatan berusia 25 tahun ditahan miliki dadah di TTDI
Artis pelakon wanita popular tempatan dicekup miliki dadah

SERDANG – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis kerana didakwa merogol penumpangnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 4 pagi semalam dalam kenderaan suspek jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminudin
berkata, seorang wanita berusia 29 tahun telah membuat laporan polis mendakwa dirogol pemandu Grab Car ketika menggunakan perkhidmatan itu pada awal pagi semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku berhampiran dengan rumah pengadu di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan ketika mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak mampu melawan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selepas dirogol, wanita berkenaan mendakwa suspek menghantarnya pulang ke rumah.

Susulan laporan itu, polis telah menangkap seorang suspek lelaki berusia Pemandu Grab Car di kediamannya dekat Sungai Buloh pada pukul 10 malam tadi.

“Kenderaan dan pakaian suspek turut dirampas dalam tangkapan itu.

“Suspek direman di Majistret Petaling Jaya untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sementara, mangsa kejadian telah dirujuk ke Hospital Serdang dan sedang menunggu laporan pemeriksaan perubatannya untuk tindakan lanjut,” tambahnya – MalaysiaGazette