Pengasas Aidijuma, Datin Norjuma Habib Mohamed (kanan) menyerahkan sumbangan duit raya kepada salah seorang penghuni penjara pada program Sehelai Tudung Segunung Harapan Aidijuma di Penjara Wanita Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2017.

KAJANG – Sehelai tudung segunung harapan.

Itu tema program kemasyarakatan syarikat pengeluar pakaian dan tudung kotemporari, Aidijuma yang dalam menyampaikan sumbangan kepada masyarakat.

Hari ini, bersama pengasas Aidijuma, Datin Norjuma Habib Mohamed, syarikat itu menyampaikan sumbangan duit raya kepada banduan dan kakitangan wanita di Penjara Kajang.

Pengasas Aidijuma, Datin Norjuma Habib Mohamed (tengah) diiringi Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang, Norneelah Syukor beramah mesra bersama sebahagian penghuni penjara pada program Sehelai Tudung Segunung Harapan Aidijuma di Penjara Wanita Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2017.

Norjuma merupakan bekas selebriti televisyen yang kini menjadi usahawan yang berjaya.

Selain meringankan beban banduan di pusat tahanan itu, anak-anak mereka juga diraikan dalam majlis yang sama.-MalaysiaGazette