Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Ramlan Ibrahim (dua kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh kakitangan keselamatan Wisma Putra, Azman Baharudin yang mengalami kecederaan dileher selepas menyampaikan sumbangan pada majlis Iftar anjuran beliau di Wisma Putra, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR
 PUTRAJAYA – Kementerian Luar meraikan seramai 40 anak yatim di Majlis Iftar Ramadan anjuran menterinya, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra di sini malam tadi.
Anak-anak yatim itu dijemput khas dari Sekolah Anak Yatim Tahfiz Al Kitab, Beranang bersama dengan  beberapa orang ibu tunggal sekitar Putrajaya.
Anifah menyampaikan sumbangan raya kepada anak anak yatim dan juga imam dan bilal sekolah tersebut.
Selain Anifah, turut berbuka ialah timbalannya, Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Setiausaha Datuk Ramlan Ibrahim, para wakil Persatuan Bekas Duta Malaysia (AFMA) dan pengamal media.
Turut hadir memeriahkan majlis berbuka puasa ialah para wakil kedutaan asing ke Malaysia.- MalaysiaGazette