SEOUL – Seorang anggota tentera Korea Utara menyeberangi Garisan Pemisah Ketenteraan (MDL) antara kedua-dua Korea danmenuju ke selatan pada pukul 7.50 malam tadi, kata Ketua turus Bersama (JCS) Korea Selatan.

Seoul menyifatkannya sebagai ‘berpaling tadah’, anggota Tentera Rakyat Korea (KPA) itu menyeberangi sempadan dan tiba di tempat kawalan tentera Korea Selatan di ‘kawasan kemaraan pusat’ lapor NK News.

“Anggota tentera Korea Selatan mengesan kedudukan tentera yang berpaling tadah dan sedang menyiasat motifnya belot,” menurut kenyataan JCS.

JCS tidak memberi maklumat terperinci mengenai lokasi anggota tentera itu menyeberangi sempadan tetapi pelbagai laporan menyatakan ia berlaku di daerah Gyeonggi.

Kedua-dua pihak tidak melepaskan sebarang tembakan ketika kejadian, kata seorang pegawai tentera kepada agensi berita, Yonhap.

Ia merupakan kejadian pertama sejak September tahun lalu apabila JCS mengumumkan seorang anggota tentera telah menyeberangi MDL.