Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa-mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Chittagong, Bangladesh. foto Agensi

DHAKA – Hujan lebat telah mengakibatkan tanah runtuh di tenggara Bangladesh, mengorbankan sekurang-kurangnya 107 orang termasuk lima anggota tentera.

Jurucakap pentadbiran daerah Rangamati berkata, sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Operasi menyelamat sukar dilakukan kerana cuaca buruk.

Jaringan telekomunikasi dan elektrik telah terputus dan sesetengah penduduk tidak dapat dihubungi.

“Kami belum dapat mencapai banyak tempat-tempat yang terjejas.

“Kita akan hanya dapat gambaran jelas tentang kerosakan apabila musim hujan berakhir,” Reaz Ahmed, ketua Jabatan Pengurusan Bencana.

Daerah Rangamati adalah kawasan berbukit yang hampir dengan sempadan India.

Menurut Ketua Polis daerah itu, Sayed Tariqul Hasan, kejadian tanah runtuh telah menimbus banyak penduduk yang sedang tidur.

Tentera yang terbunuh itu sedang membersihkan jalan raya di Rangamati akibat tanah runtuh sebelumnya apabila kejadian sama berlaku lagi.

Lalu lintas di ibu negara Dhaka dan Chittagong, bandar pelabuhan utama Bangladesh itu, juga terganggu disebabkan hujan lebat.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beribu-ribu rumah musnah selepas Cyclone Mora melanda tenggara Bangladesh.

Sehingga satu juta orang telah dipindahkan. – MalaysiaGazette